Latarbelakang PERMIND

Tanggal 23hb Ogos 2024, PERMIND (Pertubuhan Minda Ummah) berjaya ditubuhkan dan mendapat kelulusan dari pendaftar pertubuhan (ROS). Gerakan ini dimulakan oleh 5 orang aktivis NGO, Persatuan Penduduk, aktivis politk tempatan dan golongan professional.

Matlamat asas penubuhan adalah untuk membina ekosistem keilmuan dan menyemai budaya ilmu dikalangan komuniti setempat dan Masyarakat umum.

Selain itu PERMIND juga menyumbang kepada Pembangunan modal insan, pengupayaan ekonomi, membentuk sasiah dan jati diri untuk golongan muda, golongan pertengahan dan dewasa.

Program-program yang dilaksanakan berasas kepada pendekatan secara inclusif untuk faedah Masyarakat secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

PERMIND terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, NGO, badan berkanun, pertubuhan komuniti mahupun badan Kerajaan untuk melaksanakan program secara bersama.

Visi & Agenda

Pendidikan berkualiti

Menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi untuk semua lapisan masyarakat

Pembinaan karakter

Pembangunan karakter dan akhlak mulia dalam kalangan generasi muda

Pemberdayaan ekonomi

Melaksanakan program-program yang membantu individu dan komuniti melalui Latihan kemahiran

Kesejahteraan sosial

Membimbing golongan yang memerlukan dalam masyarakat